Bermimpi itu indah... berangan itu mudah... mimpi yg
diiringi usaha adalah cita2....angan bersama tindakan adalah impian...
Umpama
cahaya yg menyinari, dikejauhan ianya indah..
Namun, bila cuba digapai ternyata
tidak dapat digenggami..
Kesal mula menghimpit naluri.. adakah benar jalan yg
dicari..
Bilakah akan sampai tempat yg ditujui?
Dalam perjalanan yg berliku,
Pasti akan rebah dan kian
menyendiri...
Pasti terkorban jiwa dan hati.. Pasti tergadai ikrar dan janji..
Adakah segalanya akan berakhir disini?
Pahlawan sejati tidak akan pernah menyerah diri,
Walaupun
ditusuk belati berduri,
Walaupun kelam perjalanan yang dititi,
Pasti digagahi
hingga hilang jasad ditelan bumi.
Namun apakah yg menjadi kekuatan diri? Untuk bangkit daripada
kemelutan ini?
Pada Illahi ku sandarkan diri..
Agar diberkati perjuangan ini..
Meskipun sukar meraih mimpi..
Pasti ku genggam impian di kemudian hari..
"Bila ada bunga yg lambat mekar, jangan terus dicantas
mati..kerana bila tiba masa mekarnya nanti, ia pasti yg paling berseri dan
dihargai"
#121015 #pm11:54
