Banyak yang ku pelajari daripada dirinya... sedikit sebanyak memberi pengaruh dan membentuk diriku yang ada kini... Menjadi salah satu punca inspirasi untuk terus berjuang agar mengejar apa yang aku percaya selama ini.. Dia antara insan yang akan ku rujuk ketika dalam kekeliruan.. menjadi penyambung semangat dalam mengharungi perjalanan yang berliku..
Tapi pastinya ini bukan cinta... perasaan ini hanya sekadar mengagumi dan menghormati dirinya..bukan mencintai. Bersyukur kerana Allah mempertemukan dan mengekalkan persahabatan ini.. Sekurangnya ada dirinya sebagai sandaran ketika ku memerlukan..
"JGN jd lilin tp jadikan dirimu cahaya ,semakin banyak
cahaya yg mahu dipancarkan, maka semakin kuat cahaya yg perlu dlm diri mu. sesiapa
yg memberi cahaya,ia mendpt cahaya,sesiapa yg memberi cinta akan mendapat
cinta,"
Antara kata-katanya yang menjadi inspirasi hingga kini.