Tuesday, 24 May 2016

Memaafkan

Ada ketika kita harus belajar untuk memaafkan diri sendiri dahulu sebelum kita memaafkan mereka yang lain.. Tiada hambanya yang tidak berdosa..tiada juga hambanya yang kekal berdosa (taubat)..tidak mengapa jika kini engkau rebah dan tersungkur.. berhentilah seketika..duduk dan pejamkan matamu.. ambillah masa mu untuk berfikir dan bertafakur..muhasabah dan mencari kekuatan diri.. namun jangan kau pejamkan mata mu terlalu lama.. bukalah mata mu dan renunglah ke langit..hujan telah berhenti.. titisan air hujan kini disinari mentari.. sang pelangi kini tersenyum berseri.. bangun! melangkah! walaupun berat langkahnya itu, jangan mengalah dan berhenti..yakin pada janji2-Nya.. -e.t

Friday, 8 January 2016

Ini Bukan CInta...

Hanya kerana sebuah mimpi, mudah sungguh hati untuk keliru...Persahabatan yg terjalin selama 5 tahun ternyata tidak mudah untuk diubah. Sekian lama hanya menganggap dirinya sebagai sahabat dan senior yang dihormati.

Banyak yang ku pelajari daripada dirinya... sedikit sebanyak memberi pengaruh dan membentuk diriku yang ada kini... Menjadi salah satu punca inspirasi untuk terus berjuang agar mengejar apa yang aku percaya selama ini.. Dia antara insan  yang akan ku rujuk ketika dalam kekeliruan.. menjadi penyambung semangat dalam mengharungi perjalanan yang berliku..

Tapi pastinya ini bukan cinta... perasaan ini hanya sekadar mengagumi dan menghormati dirinya..bukan mencintai. Bersyukur kerana Allah mempertemukan dan mengekalkan persahabatan ini.. Sekurangnya ada dirinya sebagai sandaran ketika ku memerlukan..


"JGN jd lilin tp jadikan dirimu cahaya ,semakin banyak cahaya yg mahu dipancarkan, maka semakin kuat cahaya yg perlu dlm diri mu. sesiapa yg memberi cahaya,ia mendpt cahaya,sesiapa yg memberi cinta akan mendapat cinta,"

 Antara kata-katanya yang menjadi inspirasi hingga kini.

Monday, 12 October 2015

Perjalanan ini....~

Bermimpi itu indah... berangan itu mudah... mimpi yg diiringi usaha adalah cita2....angan bersama tindakan adalah impian...

Umpama cahaya yg menyinari, dikejauhan ianya indah.. 
Namun, bila cuba digapai ternyata tidak dapat digenggami..
Kesal mula menghimpit naluri.. adakah benar jalan yg dicari..
Bilakah akan sampai tempat yg ditujui?

Dalam perjalanan yg berliku, 
Pasti akan rebah dan kian menyendiri...
Pasti terkorban jiwa dan hati.. Pasti tergadai ikrar dan janji.. 
Adakah segalanya akan berakhir disini?


Pahlawan sejati tidak akan pernah menyerah diri, 
Walaupun ditusuk belati berduri,
Walaupun kelam perjalanan yang dititi, 
Pasti digagahi hingga hilang jasad ditelan bumi.

Namun apakah yg menjadi kekuatan diri? Untuk bangkit daripada kemelutan ini?

Pada Illahi ku sandarkan diri..
Agar diberkati perjuangan ini..
Meskipun sukar meraih mimpi..
Pasti ku genggam impian di kemudian hari..

"Bila ada bunga yg lambat mekar, jangan terus dicantas mati..kerana bila tiba masa mekarnya nanti, ia pasti yg paling berseri dan dihargai"
#121015 #pm11:54

Wednesday, 9 September 2015

H.A.T.I

Perihal hati amat sukar untuk ditafsirkan. Kerana sifat hati itu sendiri amat berbolak-balik sifatnya. Secara zahirnya, hati adalah sebuah kelenjar terbesar dan kompleks dalam tubuh,berwarna merah kecoklatan yang mempunyai pelbagai fungsi. Manakala secara batinnya hati adalah dimana lahirnya atau wujudnya pelbagai jenis perasaan, emosi dan rasa yang sering membelenggu kehidupan manusia. Naluri juga wujud melalui hati. Naluri dalam menjalani hidup seharian berdasarkan hati.. Pengaruh terbesar dalam hidup yang bergelar insan.. Jika tanpa hati, bagaimanakah kehidupan manusia? Apakah kesannya?

Antara anugerah terbesar yang dikurniakan kepada kita adalah HATI. Tanpa hati binasalah dunia, tanpa hati binasalah manusia.