Monday, 12 October 2015

Perjalanan ini....~

Bermimpi itu indah... berangan itu mudah... mimpi yg diiringi usaha adalah cita2....angan bersama tindakan adalah impian...

Umpama cahaya yg menyinari, dikejauhan ianya indah.. 
Namun, bila cuba digapai ternyata tidak dapat digenggami..
Kesal mula menghimpit naluri.. adakah benar jalan yg dicari..
Bilakah akan sampai tempat yg ditujui?

Dalam perjalanan yg berliku, 
Pasti akan rebah dan kian menyendiri...
Pasti terkorban jiwa dan hati.. Pasti tergadai ikrar dan janji.. 
Adakah segalanya akan berakhir disini?


Pahlawan sejati tidak akan pernah menyerah diri, 
Walaupun ditusuk belati berduri,
Walaupun kelam perjalanan yang dititi, 
Pasti digagahi hingga hilang jasad ditelan bumi.

Namun apakah yg menjadi kekuatan diri? Untuk bangkit daripada kemelutan ini?

Pada Illahi ku sandarkan diri..
Agar diberkati perjuangan ini..
Meskipun sukar meraih mimpi..
Pasti ku genggam impian di kemudian hari..

"Bila ada bunga yg lambat mekar, jangan terus dicantas mati..kerana bila tiba masa mekarnya nanti, ia pasti yg paling berseri dan dihargai"
#121015 #pm11:54

Wednesday, 9 September 2015

H.A.T.I

Perihal hati amat sukar untuk ditafsirkan. Kerana sifat hati itu sendiri amat berbolak-balik sifatnya. Secara zahirnya, hati adalah sebuah kelenjar terbesar dan kompleks dalam tubuh,berwarna merah kecoklatan yang mempunyai pelbagai fungsi. Manakala secara batinnya hati adalah dimana lahirnya atau wujudnya pelbagai jenis perasaan, emosi dan rasa yang sering membelenggu kehidupan manusia. Naluri juga wujud melalui hati. Naluri dalam menjalani hidup seharian berdasarkan hati.. Pengaruh terbesar dalam hidup yang bergelar insan.. Jika tanpa hati, bagaimanakah kehidupan manusia? Apakah kesannya?

Antara anugerah terbesar yang dikurniakan kepada kita adalah HATI. Tanpa hati binasalah dunia, tanpa hati binasalah manusia.