Tuesday, 24 May 2016
Memaafkan
Ada ketika kita harus belajar untuk memaafkan diri sendiri dahulu sebelum kita memaafkan mereka yang lain.. Tiada hambanya yang tidak berdosa..tiada juga hambanya yang kekal berdosa (taubat)..tidak mengapa jika kini engkau rebah dan tersungkur.. berhentilah seketika..duduk dan pejamkan matamu.. ambillah masa mu untuk berfikir dan bertafakur..muhasabah dan mencari kekuatan diri.. namun jangan kau pejamkan mata mu terlalu lama.. bukalah mata mu dan renunglah ke langit..hujan telah berhenti.. titisan air hujan kini disinari mentari.. sang pelangi kini tersenyum berseri.. bangun! melangkah! walaupun berat langkahnya itu, jangan mengalah dan berhenti..yakin pada janji2-Nya.. -e.t
Friday, 8 January 2016
Ini Bukan CInta...
Hanya kerana sebuah mimpi, mudah sungguh hati untuk keliru...Persahabatan yg terjalin selama 5 tahun ternyata tidak mudah untuk diubah. Sekian lama hanya menganggap dirinya sebagai sahabat dan senior yang dihormati.
Banyak yang ku pelajari daripada dirinya... sedikit sebanyak memberi pengaruh dan membentuk diriku yang ada kini... Menjadi salah satu punca inspirasi untuk terus berjuang agar mengejar apa yang aku percaya selama ini.. Dia antara insan yang akan ku rujuk ketika dalam kekeliruan.. menjadi penyambung semangat dalam mengharungi perjalanan yang berliku..
Tapi pastinya ini bukan cinta... perasaan ini hanya sekadar mengagumi dan menghormati dirinya..bukan mencintai. Bersyukur kerana Allah mempertemukan dan mengekalkan persahabatan ini.. Sekurangnya ada dirinya sebagai sandaran ketika ku memerlukan..

"JGN jd lilin tp jadikan dirimu cahaya ,semakin banyak
cahaya yg mahu dipancarkan, maka semakin kuat cahaya yg perlu dlm diri mu. sesiapa
yg memberi cahaya,ia mendpt cahaya,sesiapa yg memberi cinta akan mendapat
cinta,"
Antara kata-katanya yang menjadi inspirasi hingga kini.
Subscribe to:
Comments (Atom)