Perihal hati amat sukar untuk ditafsirkan. Kerana sifat hati itu sendiri amat berbolak-balik sifatnya. Secara zahirnya, hati adalah sebuah kelenjar terbesar dan kompleks dalam tubuh,berwarna merah kecoklatan yang mempunyai pelbagai fungsi. Manakala secara batinnya hati adalah dimana lahirnya atau wujudnya pelbagai jenis perasaan, emosi dan rasa yang sering membelenggu kehidupan manusia. Naluri juga wujud melalui hati. Naluri dalam menjalani hidup seharian berdasarkan hati.. Pengaruh terbesar dalam hidup yang bergelar insan.. Jika tanpa hati, bagaimanakah kehidupan manusia? Apakah kesannya?
Antara anugerah terbesar yang dikurniakan kepada kita adalah HATI. Tanpa hati binasalah dunia, tanpa hati binasalah manusia.

No comments:
Post a Comment